New year 2025 new me

Assallamualaikum, dah pun berada dalam tahun baru, 2025. Alhamdulillah.

Wishlist 2025, nak jadi muslimah yang berjaya, kerja kuat, jaga kesihatan, jaga diri dan sentiasa mendoakan parent aku. Insyallah.

Aku tak tahu sejak akhir 2024  aku memang rasa nak ke Mekah dan Madinah. Bila video2 dkt TT asyik lalu feed aku, perasaan makin nak pergi tu tinggi, and sometimes tiba tiba ternangis sampai ter esak esak. Normal kah?

Betullah orang cakap, perasaan sayu dan sedih tu akan datang tiba tiba and now happened to me. Another thing, faktor usia maybe huihui.

Aku banyak kali delay nak ke TH settle kan akaun TH aku yg lama x active, since 2015, so alang alang masuk office then keluar sekejap ke TH naik grab dari office. Sampai sahaja dekat TH, isi form and update the account. Siap. Pantas betul. Then aku ke travel agency dekat situ untuk tanya pakej umrah, so aku cuma ambil flyers untuk study price and everything. Sangat mudah sebenarnya, dulu2 aku selalu tangguh nak ke TH, now Allah permudahkan. Alhamdulillah.

After that event, terus aku niat nak belajar balik kelas mengaji, belajar bacaan makhraj dan tajwid yang betul, kebetulan ada kawan baik aku suggest contact ustazah dia, so aku terus contact dan terus ustazah tu buat kelas mengaji online. Aku sangat excited. Dan harini, 10 Jan 2025 bermula lah first online kelas mengaji. So happy, even banyak lah sebutan huhu. Tak apa, aku terima je komen dari ustazah sebab dia lagi arif dari aku. 

2025 ni  doakan aku istiqamah, slowly berubah untuk jadi lebih baik. 

Dia macam tiba tiba. Sekarang, aku cuba untuk tukar cara bertudung dan pakaian. Harap aku dapat istiqamah. Insyallah.

Selamat tahun baru! 




Comments

Popular Posts